Selasa, Julai 26

Masak-masak

Dah lame dah gambor ni...saja je gatai nak uplod gak..

Tempoyak



Inilah hasil daripada kepenatan membelasah hampir 20 biji durian...kalau jual boleh dapat dalam RM 100 gak ni...huhu


Resepi Tempoyak :


Durian yang dibuangkan biji
Garam kasar


Cara-caranya :


Sejat isi durian yang telah dicampur garam kasar dalam semalaman di suhu bilik untuk menyahkan air (untuk tahan lebih lama)





Sabtu, Mei 28

Murtabak Cream Crakers





Bahan-bahan: 


Sebungkus cream creakers

4 biji telur dipukul
Sedikit majerin untuk disapu pada loyang

Bahan celupan :

1 tin susu cair
Secubit garam

Bahan inti:

1 bungkus daging ayam kisar /daging Ayamas
5 sudu serbuk kari (lebih jika suka pedas)
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih (kedua-duanya dimayang)
1 ikat sayur bayam dipotong (atau apa saja sayur yang disukai)
2 tangkai lada besar dihiris halus
Sedikit daun sup
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
  1. Sapu loyang dengan majerin . Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dimayang/dadu hingga wangi.
  3. Masukakn rempah kari dan kacau sampai wangi.
  4. Masukkan daging ayam cincang dan kacau sekejap. Masukkan air dan reneh hingga air tinggal sedikit dan daging ayam masak. Biarkan pekat dan kering sedikit. Masukkan garam dan gula, gaul rata.
  5. Kacau bahan celupan dan celupkan biskut.
  6. Susunkan biskut di dasar loyang anggaran 9 keping bagi setiap lapisan.
  7. Taburkan 1/4 daripada bahan inti dan taburkan juga 1/4 bahagian telur yang telah dipukul bersama sedikit garam.
  8. Ulang lapisan sehingga menjadi 5 lapisan.
  9. Tuangkan lebihan susu yang digunakan untuk celupan biskut tadi.
  10. Letakkan sedikit mentega atas lapisan biskut yang akhir.
  11. Bakar dalam oven selama 1 jam atau murtabak kelihatan masak.

Bubur Jagung Bersama Sagu

Hari ini bagi meraikan bermulanya cuti penggal persekolahan selama 2 minggu aku cuba masak dua jenis masakan yang belum pernah aku masak. Pertama bubur jagung bersama sagu halus dan yang kedua adalah murtabak krim kreker.


Ayuh berkongsi resepi pertama iaitu BUBUR JAGUNG BERSAMA SAGU HALUS




Bahan-bahan:


4 tongkol jagung manis di hiris
Sedikit sagu halus
Sedikit gula kabung
Secubit garam
Santan segar
Daun pandan


Cara-cara:


1. Masukan kesemua bahan ke dalam periuk yang sesuai. Kacau hingga mendidih.
2. Sedia untuk dimakan.
3 Sangat senang kan? Boleh dimakan ketika masih panas atau telah disejukkan.



Ahad, Mei 15

Gulai Lemak Pucuk Ubi

Baru selesai memasak...tapi abah kata dia nak gie kenduri..Nape abah tak kasi tau awal-awal...Kalau tak tentu aku tak masak...haha..

Ada sesape sudi teman saya makan nasi tengahari ini? Meh la.. :))


Resepi di tiru di sini
http://www.youtube.com/watch?v=YR4UHGSxbeY&feature=share

Sabtu, Mei 7

Sambal Hitam





Bahan-bahan:-
Cili padi
Ikan bilis
Bawang merah
Garam
belimbing buluh( yg telah di rebus sampai kering airnye selama beberapa jam)

Cara-cara:-


Tumbuk semua bahan-bahan nie kemudian goreng dalam minyak yang sedikit sampai garing dengan api perlahan...sedia di makan dengan nasi yang panas-panas. 



*** Sebenarnya sambal ini along saya yang buat...dia hantar ke rumah..sebab adiknya mengidam...hehe. Thanks ALONG :))

Rabu, Mei 4

Gulai Lemak Telur Itik

Ini adalah menu lunch tengahari esok. Bersama sambal kerang+peria.




Bahan- bahan :

4 biji telur itik
Semangkuk santan segar
2 ulas bawang merah dihiris 
5 biji cili kecil (tumbuk)
Sehelai daun kunyit

Sedikit kunyit serbuk (sedap kunyit hidup)
Sekeping asam kepingGaram dan gula secukup rasa
Sebatang serai dititik


Cara-cara :


1.  Masukkan semua bahan kecuali telur itik.
2. Masak dengan api perlahan jangan pecah minyak.
3. Bila santan hampir masak, pecahkan telur satu per satu.
4. Bila telur masak, sedia untuk dihidangkan.







Kerang Rebus

Tadi beli kerang 1 kg. Pastu rebus jek. Resepinya rasanya semua orang dah tahu. Sangat senang. Tapi mungkin resepi aku lagi senang...sebab aku hendak cepat siap je.


Bahan-bahan :

1kg kerang
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih
Sedikit daun sup
Sedikit garam
Sup bunjut ADABI

Cara-cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus selama lebih kurang 15 minit.
Pastikan betul-betul masak agar senang kerang tertanggal daripada kulitnya.

Kentang Goreng

Sudah 2 minggu rasanya aku teringin makan kentang goreng ...gorengan sendiri. Tidak perlu susah-susah, hanya beli dan balik rumah goreng. Dimakan bersama sos thousand island dan sos cili Life. Pastikan makan ketika panas...memang sedap walaupun dah kenyang makan nasi. haha





Selasa, April 26

Sotong Masak Hitam Chef Wan

Baru je tengok 'Best Wan' . Dia masak sotong masak hitam atau Squid in Black Ink. Sebelum nie tak pernah lak tahu yang dakwat hitam sotong itu boleh digunakan untuk masakan...



Ahad, Januari 30

Laksa Penang

Pinjam gambar en google
Sudah hampir sebulan tidak berkongsi idea masak-masak. Kini muncul dengan cubaan pertama memasak laksa penang. Terima kasih en suami kerna membantu menghiris timun, cili, dan kacang panjang.

Bahan-Bahan

1 paket laksa (saya suka laksa halus)
10 ekor ikan kembung
3 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 genggam daun kesum
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
1 inci belacan
6 keping asam keping

Cara-Cara:

1. Ikan direbus bersama 3 keping asam keping
2. Asingkan isi ikan dan kisarkan bersama air rebusan
3. Kisar bawang merah , bawang putih , halia, belacan
4. Masukkan ke dalam periuk isi ikan yang dikisar, asam keping, bawang, halia, belacan dan cili kering yang dikisar tadi bersama-sama daun kesum, bunga kantan dan air ikut kepekatan.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak hingga kuah menjadi pekat.
7. Hidangkan laksa bersama telur rebus, ulam timun, kacang panjang, dan salad serta boleh juga diletak hirisan nenas dan bawang besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...