Hendak berkongsi dengan semua..inilah bubur Asyura. Biasanya dimasak secara bergotong-royong sempena 10 Muharam. Bubur asyura ni adalah campuran pelbagai kekacang dan bahan-bahan lain. Berdasarkan apa yang telah diceritakan padaku, bubur asyura ini memperingati kisah Nabi Nuh yang di zaman baginda berlaku banjir besar. Selepas banjir, masyarakat pada zaman itu telah mencampurkan pelbagai bahan untuk dijadikan bubur...maka terjadilah bubur asyura.
|
Bubur asyura...tentu sekali bukan saya yg msk :)) |
Kebiasaannya di sini, bubur asyura ada yang manis dan ada yang masin...tapi bahan di dalam tetap sama. Pernah makan bubur asyura di Terengganu, dalamnya ada letak daging. Malangnya tekak ni tidak boleh menerima. Maklumla dah biasa yang kekacang jek.
kuih asyura pn ada....sy pnh mkn mcm2 jns bubur asyura...smua sy suka..pling besh bubur asyura bsama sambal ikn bilis.
BalasPadamkuih asyura? wah mnrik...ktnela sy bule jumpe tu ek..
BalasPadam