Tadi beli kerang 1 kg. Pastu rebus jek. Resepinya rasanya semua orang dah tahu. Sangat senang. Tapi mungkin resepi aku lagi senang...sebab aku hendak cepat siap je.
Bahan-bahan :
1kg kerang
1 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih
Sedikit daun sup
Sedikit garam
Sup bunjut ADABI
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebus selama lebih kurang 15 minit.
Pastikan betul-betul masak agar senang kerang tertanggal daripada kulitnya.
Rabu, Mei 4
Kentang Goreng
Sudah 2 minggu rasanya aku teringin makan kentang goreng ...gorengan sendiri. Tidak perlu susah-susah, hanya beli dan balik rumah goreng. Dimakan bersama sos thousand island dan sos cili Life. Pastikan makan ketika panas...memang sedap walaupun dah kenyang makan nasi. haha
Selasa, April 26
Sotong Masak Hitam Chef Wan
Baru je tengok 'Best Wan' . Dia masak sotong masak hitam atau Squid in Black Ink. Sebelum nie tak pernah lak tahu yang dakwat hitam sotong itu boleh digunakan untuk masakan...
Ahad, Januari 30
Laksa Penang
![]() |
| Pinjam gambar en google |
Bahan-Bahan
1 paket laksa (saya suka laksa halus)
10 ekor ikan kembung
3 sudu besar cili kering kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 genggam daun kesum
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
1 inci belacan
6 keping asam keping
Cara-Cara:
1. Ikan direbus bersama 3 keping asam keping
2. Asingkan isi ikan dan kisarkan bersama air rebusan
3. Kisar bawang merah , bawang putih , halia, belacan
4. Masukkan ke dalam periuk isi ikan yang dikisar, asam keping, bawang, halia, belacan dan cili kering yang dikisar tadi bersama-sama daun kesum, bunga kantan dan air ikut kepekatan.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masak hingga kuah menjadi pekat.
7. Hidangkan laksa bersama telur rebus, ulam timun, kacang panjang, dan salad serta boleh juga diletak hirisan nenas dan bawang besar.
Jumaat, Disember 17
Bubur Asyura
Hendak berkongsi dengan semua..inilah bubur Asyura. Biasanya dimasak secara bergotong-royong sempena 10 Muharam. Bubur asyura ni adalah campuran pelbagai kekacang dan bahan-bahan lain. Berdasarkan apa yang telah diceritakan padaku, bubur asyura ini memperingati kisah Nabi Nuh yang di zaman baginda berlaku banjir besar. Selepas banjir, masyarakat pada zaman itu telah mencampurkan pelbagai bahan untuk dijadikan bubur...maka terjadilah bubur asyura.
Kebiasaannya di sini, bubur asyura ada yang manis dan ada yang masin...tapi bahan di dalam tetap sama. Pernah makan bubur asyura di Terengganu, dalamnya ada letak daging. Malangnya tekak ni tidak boleh menerima. Maklumla dah biasa yang kekacang jek.
![]() |
| Bubur asyura...tentu sekali bukan saya yg msk :)) |
Kebiasaannya di sini, bubur asyura ada yang manis dan ada yang masin...tapi bahan di dalam tetap sama. Pernah makan bubur asyura di Terengganu, dalamnya ada letak daging. Malangnya tekak ni tidak boleh menerima. Maklumla dah biasa yang kekacang jek.
Selasa, Disember 14
Kailan Ikan Masin
Bahan-bahan:
1 ikat kailan
1 tangkai lada besar (dihiris)
1 ulas bawang putih dan merah (dimayang)
500gram ikan masin talang (dipotong nipis)
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak masak
Sedikit air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga sedikit garing
2. Masukan bawang, lada besar dan sos tiram
3. Masukan kailan yang telah dipotong
4. Masukan sedikit air
5. Sedia untuk dimakan
Khamis, Disember 9
Acar Masak
Acar masak ini adalah pertama kali cuba. Ingat-ingat lupa je cara arwah mak aku masak dulu. Maka cari sahaja dalam internet. Tapi penin pulak...ada macam-macam resepi. Ada yang letak kacang tanah tumbuk. Ada yang rendam sayur-sayuran tu dengan air garam dan ada yang rendam dengan air kapur sirih. Aku cuba la rendang dengan air kapur sirih. Kebetulan ada kat rumah ni. Hasilnya sayuran tersebut agak keras. Sesuai untuk dimasak.
Bahan-bahan
1 batang timun
1 batang lobak merah
4 urat kacang panjang
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili besar dihiris
2 sudu cili boh
2 sudu cuka makan
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 sudu kapur makan
Sedikit air
2 sudu minyak masak
***Sedikit biji sawi (tiada dalam stok aku..hehe)
Cara-cara:
1. Potong sayur-sayuran tersebut bersama lada besar dan rendam ke dalam air kapur (boleh ganti dengan air garam jika tiada)
2. Tumis bawang yang dihiris bersama-sama cili boh hingga garing.
3. Masukan sayur-sayuran, air dan cuka makan.
4. Masukan air, garam dan gula.
5. Masak sehingga sayur-sayuran tersebut sedikit lembut dan kuah pekat.
Bahan-bahan
1 batang timun
1 batang lobak merah
4 urat kacang panjang
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili besar dihiris
2 sudu cili boh
2 sudu cuka makan
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 sudu kapur makan
Sedikit air
2 sudu minyak masak
***Sedikit biji sawi (tiada dalam stok aku..hehe)
Cara-cara:
1. Potong sayur-sayuran tersebut bersama lada besar dan rendam ke dalam air kapur (boleh ganti dengan air garam jika tiada)
2. Tumis bawang yang dihiris bersama-sama cili boh hingga garing.
3. Masukan sayur-sayuran, air dan cuka makan.
4. Masukan air, garam dan gula.
5. Masak sehingga sayur-sayuran tersebut sedikit lembut dan kuah pekat.
Langgan:
Catatan (Atom)










