Jumaat, Disember 17

Bubur Asyura

Hendak berkongsi dengan semua..inilah bubur Asyura. Biasanya dimasak secara bergotong-royong sempena 10 Muharam. Bubur asyura ni adalah campuran pelbagai kekacang dan bahan-bahan lain. Berdasarkan apa yang telah diceritakan padaku, bubur asyura ini memperingati kisah Nabi Nuh yang di zaman baginda berlaku banjir besar. Selepas banjir, masyarakat pada zaman itu telah mencampurkan pelbagai bahan untuk dijadikan bubur...maka terjadilah bubur asyura.



Bubur asyura...tentu sekali bukan saya yg msk :))

Kebiasaannya di sini, bubur asyura ada yang manis dan ada yang masin...tapi bahan di dalam tetap sama. Pernah makan bubur asyura di Terengganu, dalamnya ada letak daging. Malangnya tekak ni tidak boleh menerima. Maklumla dah biasa yang kekacang jek.

Selasa, Disember 14

Kailan Ikan Masin


Bahan-bahan:

1 ikat kailan
1 tangkai lada besar (dihiris)
1 ulas bawang putih dan merah (dimayang)
500gram ikan masin talang (dipotong nipis)
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga sedikit garing
2. Masukan bawang, lada besar dan sos tiram
3. Masukan kailan yang telah dipotong
4. Masukan sedikit air
5. Sedia untuk dimakan

Khamis, Disember 9

Acar Masak

Acar masak ini adalah pertama kali cuba. Ingat-ingat lupa je cara arwah mak aku masak dulu. Maka cari sahaja dalam internet. Tapi penin pulak...ada macam-macam resepi. Ada yang letak kacang tanah tumbuk. Ada yang rendam sayur-sayuran tu dengan air garam dan ada yang rendam dengan air kapur sirih. Aku cuba la rendang dengan air kapur sirih. Kebetulan ada kat rumah ni. Hasilnya sayuran tersebut agak keras. Sesuai untuk dimasak.



Bahan-bahan

1 batang timun
1 batang lobak merah
4 urat kacang panjang
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili besar dihiris
2 sudu cili boh
2 sudu cuka makan
1 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 sudu kapur makan
Sedikit air
2 sudu minyak masak
***Sedikit biji sawi (tiada dalam stok aku..hehe)

Cara-cara:

1. Potong sayur-sayuran tersebut bersama lada besar dan rendam ke dalam air kapur (boleh ganti dengan air garam jika tiada)
2. Tumis bawang yang dihiris bersama-sama cili boh hingga garing.
3. Masukan sayur-sayuran, air dan cuka makan.
4. Masukan air, garam dan gula.
5. Masak sehingga sayur-sayuran tersebut sedikit lembut dan kuah pekat.

Rendang Ayam

Rendang ayam ni sangat ringkas. Biasenya rendang jika hendak masak orang akan rasa sesuatu yang rumit. Tapi bagiku, rendang ayam sangat senang.
Rendang ayam aku sedikit berkuah kerana ayahku suka begitu...aku pun suka. Selain makan dengan nasi aku suka makan rendang ayam dengan roti.




Bahan-bahan

5 ketul ayam
1 paket rempah rendang Adabi
2 sudu cili boh
2 sudu bawang merah
1 sudu bawang putih
1 inci halia ditumbuk
1 inci lengkuas ditumbuk
1 batang serai diketuk
1/2 kotak santan Kara yang kecil
1 bongkah gula kabung kecil
4 sudu kerisik
Bahan penumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala dan bunga lawang)
500ml air
Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan penumis + serai hingga naik bau.
2. Masukan bawang, halia dan cili boh, lengkuas dan halia. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukan ayam. Masak sehingga air ayam kering. Masukan air.
4. Bila sudah hampir kering, masukan santan.
5. Masukan kerisik.
5. Masukan garam dan gula kabung. (Tambah gula pasir jika kurang manis)
6. Bila kuah sudah pekat, tutuplah api. Sedia untuk dimakan.

Rabu, Disember 8

Paprik Sotong

Ini adalah pakprik sotong yang mengambil masa hanya 15minit untuk penyedian bahan dan masak. Pantas kan..memang pun. Ilham pun datang tiba-tiba. Maka ambik je yang ada dalam peti. Tak cukup bahan tak perlu pergi kedai...kita yang masak, kita juga yang makan..hehe



Paprik Sotong 15 Minit
 
Bahan-Bahan

Sotong
Lobak merah
Kacang panjang
Bunga kobis
Lada besar
Serai
Bawang besar
Tomato
Cili boh
Bawang merah + putih + halia (dikisar)
Daun limau purut
Kicap + sos cili + sos tiram
Bancuhan tepung jagung (Terlupa letak, itu yang cair je kuah..haha)

Cara-cara:

1.Tumis bawang, cili kering, daun limau, serta serai yang dititik.
2.Masukan sayur-sayuran hingga sedikit lembut
3.Masukan sotong
4.Masak hingga semuanya kelihatan masak..hehe


Karipap Sardin

Sebenarnya nak share dengan semua hasil kejayaanku.. Jangan cepat melatah yea...dengan bangganya diumumkan disini bahawa aku telah berjaya membuat kuih karipap. Masa arwah mak ada, aku hanya buat inti sahaja. Kulitnya mak yang buat. Sebab aku tak reti buat. Tapi tadi aku berjaya juga menguli tepung dan alhamdulillah menjadi la jugak. Cuma aku masih tak berjaya untuk klim tepi karipap tuh. Dulu rasanya dari kecik sampai la dewasa puas belajar dari emak dan acik...tapi tetap tidak reti. Tadi aku guna acuan jek...tapi yelakan...kalau guna acuan, hasilnya tidak berapa menarik. Tapi tak kisahla..asal boleh makan dan enak...hehe


Resepi Karipapku

Bahan-bahan Inti:

5 biji ubi kentang (aku tak suka keledek,manis)
1 tin sardin kecil
1 paket rempah kari
Lada besar, daun sup, bawang besar dihiris
Garam dan gula
Air

Cara masaknya adalah sangat senang...tak perlu tumis pun...letak semua dalam air...masak hingga ubi kentang empuk.

Bahan-bahan kulit karipap:

Tepung gandum
Garam
Majerin
Lemak sayuran (Semua di atas aku main letak jek...takde sifir pun..hehe)
Air sejuk (peti)
Sedikit minyak jagung

Campur semua bahan dan uli hingga sebati

***Perasan tak, aku tak guna telur pun..sebab aku nak try guna lemak sayuran...well...boleh tahan rangup.






Chef Jamie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Chef Jamie on the blog... :)) Wah kelas gitu nama...chef wanabe konon..hehe.. Walaupun aku bukanlah chef yang macam Chef Wan tuh, tapi aku tetap jugak nak dikenali dengan panggilan 'Chef Jamie'...ok kan?

Blog ni diwujudkan untuk aku share apa saja berkaitan dengan makanan....tak kisahla sama ada yang aku masak sendiri atau aku beli..atau apa saja yang berkaitan dengan makanan. Jika sebelum ni aku kongsi semua tuh di "FesyenableWife" . Oleh kerana selalu sangat aku cerita pasal makanan, maka adalah lebih afdal aku wujudkan blog baru.

"Saya suka masak...suami saya suka makan....dia kata saya masak sedap!!!"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...